Thursday 28 November 2013

ASRAMA VILLA SERI CEMPAKA

Assalamu'alaikum wbt . Lama tak update blog ,maklumlah SPM Candidates lah Katakan .Hahaha . Tapi kini aku sudah Merdeka .Sudah tiba masa untuk aku berkongsi satu pengalaman pada malam ni . :D . Malam ni nak cerita tentang pengalaman aku stayed kat asrama .Aku sebenarnya stayed kat asrama 3 minggu jer ,tapi frankly speak , banyak pengalaman yang aku dapat .. Baca sampai habis k .. :)


Cerita bermula begini , aku duduk asrama sebenarnya sbb family gi kl untuk 1 week , tapi aku malas nak stay sorang2 kat rumah plus nak pergi sekolah semua susah ,jadi lepas bincang ngan family , dieorg suruh aku masuk asrama .Sebab aku nak exam SPM minggu seterusnya. Aku pun pergi jumpa cikgu Nuzol ,tanya cikgu Nuzol boleh tak aku nak stay seminggu kat asrama .Cikgu Nuzol cakap tak boleh , duduk asrama takde istilah masuk seminggu , aku pun terus pergi jumpa cikgu Azman , adjust ngan cikgu Azman . Hahaha , cikgu Azman cakap boleh tapi kena bayar full , actually takpayah bayar full pun , kak liza ambik 7 ringgit jer sbb bulan 10 tinggal tujuh hari jer lagi nak habis... Mula2 aku ingat senang jer nak masuk asrama , rupa2nya parahhh ! . Haha macam2 kena isi dalam borang .Tapi aku tak lengkapkan pun bahagian disiplin n kesihatan .Even aku masuk asrama pun petang tu dalam keadaan yuran semua tak bayar lagi ..

Masa mula2 masuk petang sabtu, time tu takde orang kat asrama ,satu asrama pergi Cameron Highlands. Time tu aku tekanan gak , sebab seorang diri kat asrama . Hahaha ,takde geng T_T .Aku pun mesej Azeem suruh dia tanya cikgu , aku duduk dorm mana .Dia cakap suruh letak barang2 aku dalam dorm Al-Khawarizmi. Aku pun masuk dorm tu dan jumpalah dengan si Akhmar.Petang tu aku masuk setiap dorm , hehe , check2 ,survey2 dulu keadaan .Malam tu lepas dieorg sampai ,si Akhmar tak silap aku , pujuk aku biar masuk dorm dia Abu Bakar Tingkat 3.Atas permintaan ramai , aku pun masuklah dorm tu . Hahaha .Sebenarnya dorm tu dah sampai tahap maksimum 8orang , tambah aku jadi 9 .hoho .Bila masuk dorm tu rupa2nya ikram ,Farhan Afif ,Afiq ikhwan , orang yang aku kenal , dorm tu jugak .Huru hara jugak dieorg bila nampak aku , yelah ramai orang tak percaya aku masuk hostel kan .:3 

Malam yang pertama ,Akhmar dengan baik hatinya kasi aku katil dia .Dia tidur dorm bawah tak silap aku .Malam yang pertama tu senyap lagi jugak , sebab enjin belum dipanaskan .Hahaha. Keesokkan pagi pergi sekolah memang mengantuk gilaaaa ! pantang ada masa terluang dalam kelas mesti aku tidur .Tapi bila dah 2,3 hari baru okay , Yelah nak sesuaikan keadaan kan ,bukan senang .Sebenarnya , ramai jugak yang terkejut sbb proses aku masuk asrama memang cepat gila , ambik borang ,isi borang , masuk asrama baru hantar borang dan bayar yuran ,Ramai tanya macam mana aku buat , aku pun tak tahu ,Hahaha tp syukur Alhamdulillah sebab dipermudahkan..


Kat asrama ni , Seriously aku cakap , memang sorang2 baik gilaa ,lelaki yang baik, perempuan taktau arh . Hahaha .Hidup macam dalam satu Family . Seperti mana yang penghuni ni sedar dan nampak , aku memang rapat ngan dua orang jejaka yang handsome ,iaitu Fikri dan Farhan Afif . Orang yang Nama "F'' ni memang majoriti aku rasa, yang rapat ngan aku .Dua orang ni memang aku dah anggap macam family aku sendiri terutama si Farhan Afif tu , orang yang paling rapat ngan aku kat asrama .Cerita aku ngan Fikri kat asrama banyak , masa lepak kat pondok pukul 12 malam lebih , pelepah jatuh , huru hara sekali jadi.. Hahaha .Dipendekkan cerita tibalah 31/10/2013 , iaitu tarikh aku keluar dari asrama , sedih lah jugak , geng2 Abu Bakar  masa tu dah peluk aku , muka macam nak nangis sorang2. Bila dah balik rumah , aku pun berbincang lah ngan ayah and mak aku , mintak nak stay sampai ke hari akhir persekolahan .Diaorg bagi ! .Huhu .Memang gembira tak terkata ,Orang pertama aku text adalah si Farhan ,Dia sorang jer tau masa tu.

Minggu seterusnya , aku masuk asrama seperti biasa, masuk dalam keadaan senyap2. Masuk jer dalam dorm Abu Bakar , Akhmar menjerit . "Hafizannnnnnnn" .Nak rebah aku . Hahaha .Aku pun buat jerlah macam biasa kat asrama seperti minggu sebelum tu .Tapi bagi minggu tu ,keadaan bertukar sedikit , aku tidur atas katil farhan afif .Hahaha , kesian aku , tkde katil ,macam merempat jer rasa . Haha .Minggu tu sedikit berbeza sbb nak exam SPM dah hari Rabu tu , jadi masing2 study ,form lain2 sibuk ngan final exam . Part yang aku masih ingat, time nak exam bi keesokkan hari .Pusing surau ngan paan , menghafal .Hahaha , aku jenis yang suka study sambil berjalan , nak wat camner style masing2 :3

 (Study Bm masa ni)

Malam2 , mesti aku tidur ngan paan dan ikram ,2 katil , 3 orang . Lepas balik rumah ,mmg serius aku rasa mcm susah nak tidur , sbb biasa malam2 sebelum tidur mesti "bergalok-galok" dahulu . Hahaha . Alarm clock Ikram masih kedengaran sayup sayup kat telinga aku .Haha . Asrama di alam persekolahan sebenarnya sebagai pengalaman utk ke alam yang seterusnya .Alam asrama bagi aku banyak mengajar erti persahabatan , erti kasih sayang .Terasa ukhwuh fillah terjalin dengan akrab .Ada satu malam tu , aku masih ingat , aku feel memang down gila , 2orang insan jer tahu dan diaorg jugak yang menghiburkan aku sampai aku kembali tersenyum siap boleh gelak , iaitu paan dan ikram .Thanks bro :D

(Lepas balik exam sejarah paper 2 , terus tido , sakit kepala Woo ! )

Pengalaman yang aku takleh lupa jugak masa blackout , Memang kuat gila blackout , seingat aku dalam satu hari tu ,blackout dalam 4 ke 5 kali .Hasil dari blackout,4 orang tidur atas 2 katil ,nak tercabut pinggang aku. Hahaha .Alhamdulillah , diberi jugak kesempatan , aku dan Ameer handle kes histeria .Tapi nasib takde laa teruk sangat ,jadi boleh la aku dan ameer tlg apa yang patut .Masa mula2 masuk asrama, aku paling awal bangun , bila tiba 14/11 (last day) paling lewat , berbungkus dalam kain selimut. Aiman mari kejut pagi tu , pura2 bangun , pastu tido balik . :3

(Biodata Dorm Abu Bakar)

(Gangster-gangster asrama)

  (Ni farhan bagi aku untuk kenangan)

(Part paling sedih , Kemas2 barang , nak balik rumah )

Sampai kat sini dulu ,aku cerita pasal pengalaman kat asrama .Banyak lagi sebenarnya, kenangan tu mungkin susah nak digambarkan .Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mengukir kenangan ini , Hahaha , Sekian dahulu .Lepas ni nak cerita pasal 5 Amanah pulak , In shaa Allah . Assalamu'alaikum wbt :)

“Tiada Kegembiraan Setanding Nikmat Sahabat.Dan Tidak Ada Rasa Sedih Setanding Perpisahan Dengan Sahabat” (Imam Asy-Syafi’e)