Sunday 5 January 2014

KENANGAN BERSAMA ANGGOTA PRS

Assalamu'alaikum .. Malam ni aku nak cerita balik pengalaman aku menjadi Fasilitator bersama anggota PRS :)

Semasa cuti pertengahan tahun, 2013 , Aku dan rakan2 PRS telah terpilih untuk menjadi Fasilitator untuk handle Kem di  D'Teratai Village,Rantau Abang..Sebelum hari kami berangkat ke Rantau Abang ,Aku dan geng2 yang lain ,macam biasalah ,berlatih2 dahulu ,persiapkan diri untuk menjadi seorang Fasilitator yang Mantop ! Hahaha ,Sebenarnya ,Kem ni patut di 'handle' oleh PRS ,tapi aku dan Shafiq sajer2 nak menyibukkan diri sikit plus fasi tak cukup ..Jadi ,sehari sebelum kami pergi ke D'Teratai Village ,setiap fasi perlu memakai Vase PRS ,aku kan pengawas skolah ,so memang takde r . Pagi2 yang indah tu lagi shafiq menawarkan diri untuk mencari vase dari rumah ke rumah PRS ,Smk Paka ..Antara peristiwa yang aku masih ingat lagi ,yang shafiq kena kejor ngan "Babi" masa dalam perjalanan nak cari Vase tu . Hahahahaha !


Awal2 pagi keesokkan harinya, kami berkumpul di SMKP ,dan aku merupakan orang pertama yang sampai ,masa aku sampai kat sekolah tu ,pintu pagar tertutup ,aku jerit panggil pok guard suruh bukak ,tapi pok guard entah hilang kemana ,Last2 aku panjat pagar ,Hmmm ,PANJAT PAGAR DI PAGI HARI ! Haha ,last2 jumpa pok guard ,dan suruh dia buka pagar ,lepastu rakan2 yang lainpun tibalah kat sekolah ,Kami pergi ke De'Teratai dengan 2 buah kereta ,1 kereta ayah lokman ,Estima 1 kereta Shafiq Harun ,Preve .Sementara tu kak khadijah pergi ngan kereta Livina kerana pada pagi tu dia dah berjanji nak bawa makanan pagi tu . Kami berkumpul di Masjid yang tak jauh dari tempat kem tu .Bila kak Khadijah sampai AKA Moderator untuk kem ni , Haha ,Bawak bihun ,huh ..Makan sakan pagi tu ..Lepas siap makan ,tak sempurna satu2 kem kalau tak bergambar , jadi bergambar lah ,Hahaha ,gila sorang2 posing ..Ada yang gi makeup kat tandas ,macam2 cerita pagi tu ..

Lepas siap bergambar ,kami pun berjalan kaki menuju ke tempat lokasi ..Kelam kabut sekali ,bahagian nak melintas jalan ,orang lelaki lari jer menuju seberang , orang perempuan sibuk duk menjerit .. Arghhhhh ,Argghhhh .. maklumlah kereta banyak kan pagi2 .. Hahaha ,kalau tengok reaksi sorang2 memang kelakar .Lepas sampai kat De'Teratai ,kiteorg di sambut oleh Cikgu sekolah mana ntah ,dia suruh pergi makan dulu ,tapi semua tak makan, minum air jer . Kami semua kena handle slot terakhir untuk kem tu ,nama slot ape pun aku tak tahu, lepas siap bahagi group untuk budak2 tu ,aku decide nak gabung group ngan shafiq baharuddin ,senang sikit ..

(Nie tengah main Zuff Tangg, Aku ngan Shafiq juara bertahan ,kesian budak2 ni .. Hahaha)

Aku still ingat jugak ,ada Fasi yang ajar gwiyomi ,macam2 Fasi dari SMKP nie .. Haha ,Slot kami habis dalam pukul 1 rasa2 nya ,dekat nak zohor ,lepas habis slot tu ,cikgu suruh kami pergi makan ,tapi kebetulan haritu ada kenduri kahwin jugak diadakan ,so semua macam decide taknak makan ,sbb terlalu ramai orang , Jadi berakhirlah Tugasan kami semua menjadi Fasilitator untuk kem di De'Teratai Village ..Dari awal pagi sampai balik ,dalam kereta ,ada jer isu yang buat pecah perut .. :D Ni lah kali pertama join PRS handle kem .Btw ,kem ni memang best ! Dapat pengalaman baru ..

Jadi setakat ni dulu ,lapar perut ni weii,tak makan lagi ,Haha ,nak pergi makan dulu . Ada masa akan aku cerita lagi pengalaman2 hidup aku yang lain . Assalamu'alaikum ..

 (Peace Yoo !! )


Wednesday 1 January 2014

KENANGAN PENGAWAS

Assalamu'alaikum .. Selamat Datang ke tahun 2014 .. :) Amacam skolah hari ni ? Aku baca post ramai yang cakap bosan ..  Hahaha .. Biasa lah tu ,teringat pulak sepanjang 4 Tahun aku pegang jawatan sebagai pengawas . 3 Tahun ,First day sekolah mesti aku yang akan baca doa ,suka duka dalam badan pengawas terlalu banyak sebenarnya ..Petang ni ,aku nak bercerita serba sedikit tentang pengalaman aku dalam badan pengawas ..

Aku mula memegang jawatan pengawas ni ,ketika aku melangkah kaki ke tingkatan dua ..Antara peristiwa yang aku tak boleh nak lupa ,ketika awal tahun tu ,aku dah kena bertugas dengan senior pengawas . Mohd Basyir bin Jazalan selaku Penolong Ketua Pengawas pada tahun 2010 ,kau ingat tak nervous ke ? Hahaha .Menggeletar satu tubuh badan .Tapi Teacher Mas Ayu ,Ustazah Norlaila ,Teacher Rosnah ,banyak train aku dan pengawas2 lain..Naik form 3 ,aku dah mula meng "active"kan diri sedikit dalam badan pengawas ,hasil daripada keaktifaan itu ,haha ,aku dilantik sebagai Ketua Biro Agama Dan Kerohanian ..Dah naik satu tingkatan jawatan ,masa form 3 ,seperti kebiasaannya,pengawas2 form 3 ,bertugas awal2 tahun jer ,masuk dalam bulan 6 macamtu ,dah mula slow2 sebab nak exam PMR ..

Naik Form 4 ,Yess ,Honeymoon year . Hahaha ! ,Aku diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Penolong ketua pengawas ,Terkejut jugak masa tu ,sebab aku tak sangka pun dapat pegang jawatan tu ,masa aku form 4 ,KP lelaki ,Ahmad Hamidi Fitri ,memang senang bekerja ngan dia ,banyak jugaklah yang dibuat ,tikar getah tu ,kami yang pasang dalam bilik pengawas ,ada jer kerja yang aku cari ngan midi ,bilik pengawas tu jugak jadi tempat lepak kiteorang . Hahaha ,kadang2 satu hari tu ,langsung tak masuk kelas ..Kenangan Kem pengawas 2012 jugak merupakan kem yang paling bermakna ,dan tahun 2012 jugak tahun last Ustazah Norlaila ,Teacher Mas ,Teacher Rosnah ,Cikgu Hayati Abd Manaf dan Cikgu Hayati Abd Halim berkhidmat sebagai guru pengawas ..Aku still ingat jugak ,jamuan akhir tahun pada tahun tu dibanjiri dengan air mata . Huhu . Memang sedih ,sedih yang tak dapat nak diungkapkan dengan kata2 .

Masuk jer 2013 ,Jeng jeng ..1 hari sebelum sekolah buka ,teacher Nik call aku dan Hafieza suruh datang sekolah ,rupa-rupanya nak bincang tentang persiapan dewan semua2 untuk 1st day nanti ..Tahun 2013 lah ,tahun yang paling banyak  dugaan dan Cabaran ,Jawatan yang paling tinggi aku pegang ,Ketua Pengawas ..Tapi tahun 2013 ,best ! ,sebab pagi2 buta tu ,aku memang duk membebel kat pagar . Hahaha , pengawas2 lelaki memang best .. sempoi ,spotting jer semua ,duk bergelak pagi2 time bertugas .. Hahaha ,tu lah yang paling aku rindu ,Tapi itu lah kenangan yang aku simpan ,yang boleh aku kata akan menjadi sebuah 'memori' yang mustahil untuk di 'delete' dalam ingatan aku ni ..i just wanna wish goodluck kepada pengawas tahun ni ,mainkan peranan masing ,jangan buat hal ! ,huhu . Assalamu'alaikum :)