Sunday 1 February 2015

UKHUWAH

Assalamu’alaikum sidang pembaca sekalian. . Apa khabar? Lama aku menyepi. Tak rindu ke ? Hehe. Tak menyepi pun Cuma tidak ada kesempatan untuk update blog. Baiklah aku taknak cakap panjang, balik semula pada tajuk utama iaitu “Ukhuwah”.

UKHUWAH. Orang suka mengangkat ukhuwah di satu tempat tinggi. Di dalam kalam, di dalam tulisan, di dalam cerita. Seakan-akan ukhuwah ini adalah satu makhluk yang datangnya dari syurga. Benar, ukhuwah sangat indah. Tetapi siapakah yang membina ukhuwah sedalam dalamnya? Atau sekadar mengetahui nama, bergembira bersama, makan bersama, bermain bersama, maka itu adalah ukhuwah bagi kita ? Biasanya kita hanya melihat ukhuwah hanya pada satu sisi. Aku dan Dia. Tetapi kita tidak memperdalamkan ukhuwah kita, kepada aku, dia dan keluarganya, orang yang dicintainya. Ukhuwah yang indah adalah ukhuwah yang dalam tetapi tidak ramai yang senang menerokanya.
 -Hilal Asyraf-

Apa yang boleh saya perkatakan disini tidak semua orang memahami erti ukhuwah yang sebenar. Kita sayang sahabat kita. Tetapi apakah sahabat kita faham makna ukhuwah seperti mana yang kita faham ? Saya ingin mengajak para pembaca merenung sejenak dan memerhati tentang hakikat ukhuwah dalam kehidupan kita.

Pernahkah saudara/saudari menangis kerana sahabat saudara/saudari  ? kerana perbuatannya menguriskan hati saudara/saudari? Kemudian dia datang dan bertanya "kenapa kamu menangis?". Apakah jawapan saudara/saudari? . Tidak ada jawapan lain melainkan ‘aku okay’ , Sebabnya mengapa kita menjawab seperti itu ? Kita takut sahabat kita terasa dengan jawapan kita, kita sayang dia, kita takut kehilangan dia. Masya Allah, jika ada sahabat kamu menangis kerana takut kehilangan saudara/saudari, genggamlah tangannya, bawa dia bersama kita dalam memenuhi episod kehidupan didunia ini kerana amat sukar untuk kita mencari sahabat yang takut kehilangan kita pada dunia masa kini. Dan saya ingin tegaskan, amat BODOH orang yang menyia kan orang seperti itu. Maybe you doesn’t make sense right now, but when she/he leave you ,you gonna feel something missing in your life.

Ya, jangan kita harapkan apa-apa daripada sahabat kita. Memang betul kita perlu korbankan masa kita untuk sahabat kita. Kita perlu korbankan ruang jiwa kita untuk sahabat kita. Kita perlu korbankan harta kita untuk sahabat kita. Kita perlu korbankan apa sahaja. SEMUANYA untuk ukhuwah. Tapi ingat, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Sekiranya hanya sebelah pihak sahaja cuba memperjuangkan persahabatan dan sebaliknya sebelah pihak lagi cuba meruntuhkannya. Adakah ukhuwah akan terbina ? Kawan-kawan. Tanya balik diri kita. Kita bersahabat ini atas dasar apa ? mengejar kekayaaan? Popularity? . Ukhuwah itu tidak akan bertahan lama, kerana ukhuwah yang kita bina itu bukanlah diatas jalan mencari redha Allah.

Berapa ramai manusia zaman sekarang yang tikam kawan baik sendiri? Tak terhitung jumlahnya.  Jangan kita mengharapkan kronologi persahabatan kita seindah saat pertemuan. Banyak perkara berubah. Saya berbicara atas pengalaman yang pernah saya rasai, walaupun usia saya masih setahun jagung. Ada saatnya kita perlu menahan air mata kita kerana penipuan di dalam persahabatan. Saudara/saudari, bak kata Hilal Asyraf, seorang penulis muda yang saya amat kagumi, “ Luka di hari semalam masih belum sembuh, mengapa perlu kita tambahkan luka lagi dihati?”.

 Hati manusia berbolak balik, sandarkan harapan hanya pada Ilahi. Allah tak pernah musnahkan harapan kita. Kita yang jauh dengan Allah, kita yang sombong dengan Allah. Kita merasa Allah jauh, tak mendengar doa kita, tak ambil peduli pasal kita, suka tengok kita bersedih. Ketahuilah, ujian itu menguatkan bukan melemahkan. Jika kamu nak menghitung nikmat yang telah Allah bagi nescaya kamu tidak akan terhitung. Allah tidak pernah hilang prihatinnya kepada kita Cuma kita yang bawa diri kita jauh dari Allah SWT. Mungkin sudah sampai masanya untuk kita bergerak membina kehidupan berlandaskan arahan-Nya demi mencapai kesejahteraan dunia dan Akhirat. Wallahu’alam.

Macam ceramah pulak dah, hahaha, lama dah aku tak berceramah, luah habis habisan malam ni. J Apa yang kawan-kawan setuju ambil sebagai pengajaran, kalau tak bersetuju dengan hujjah saya pun tiada masalah “ we can agree to disagree” .Hehe. Assalamu’alaikum wbt.