Saturday 27 August 2016

PERNAH TAK?

     

      Assalamu'alaikum semua.

Pejam celik, pejam celik dah 20 tahun aku hidup. Masa terus berjalan. Perasan tak? Masa sekarang kejap je beredar.  Kalau tengok tentang penafsiran hadis masa menjadi singkat ni ada macam-macam tafsiran. Ada menyatakan maksud masa singkat ni jarak masa perjalanan akan singkat berbanding dulu. Tapi sebagai umat akhir zaman, kita sendiri boleh tengok betapa cepat masa berlalu sekarang. kalau dulu aku ingat lagi masa sekolah rendah, balik sekolah lepas makan nasi solat, semua dah telefon kawan-kawan ajak main. Siap pergi kelaut tangkap ikan! Balik ke rumah mengucap panjang mak aku. Yang tu tak kira lagi baju, seluar yang koyak. Seluar raya pulak yang koyak tu. Main dengan sepupu jatuh bergesel muka atas pondok. separuh muka luka berdarah. Try mandi bunga,petik bunga raya, bunga kertas, campur-campur segala jenis bunga opah. Lepas mandi miang satu badan.Tersenyum lebar bila teringat kenangan tu semua. Masa tu sudah pun berlalu.

Masuk sekolah menengah sedikit gila jawatan. Akhirnya form 5 dapat jugak merasa jadi ketua pengawas. Sibuknya masa tu sampai kelas pun tak masuk. Bukak majalah sekolah gambar aku sorang takde dalam gambar kelas. Hilang entah kemana. Siap ada cikgu, kaunselor yang panggil ingat ada masalah sebab tak masuk kelas. Paling syok bila masuk asrama masa nak SPM sebab Ketua Pengawas/PSS/PRD/Kapten asrama semua geng aku. Rasa macam bumi SMKP tu kitaorang yang punya. Hahaha. Masa tu pun sudah berlalu.

Sekarang..

Adalah masa mula mengenal dunia. Kau akan tengok macam-macam gelagat orang yang mencuit hati , yang menyakitkan hati pun ada. Tambahan bila kau belajar di negeri orang. Ada beberapa perkara yang aku nak highlightkan kat sini. Berbalik pada tajuk , kepada para pembaca jangan serious sangat. Senyum sikit okay. Hehe .

Pernah Tak?

Kau buat dosa, tapi kau tak rasa apa-apa? Maksiat bagai hidup subur dalam diri kau. kau fikir nak taubat esok ,tapi kau lupa mati itu tak perlu menunggu arahan dari kau. Ia datang, mustahil untuk dihalang. Tanya pada diri, sampai bila perlu aku hidup dalam dosa!? Aku dan kau bukan maksum, bila kita dah buat dosa jangan segan mintak ampun dekat Allah. Ada ke dosa yang Allah tak ampun? Syirik? Allah kan tak ampun dosa orang buat syirik?. Betul kawan-kawan. Segala dosa yang tidak melibatkan sesama manusia semasa "HIDUP" In shaa Allah, Allah akan ampunkan. Selepas "MATI"? segala dosa yang kita buat tidak melibatkan sesama manusia, ada peluang untuk Allah ampunkan kecuali SYIRIK. Jadi kenapa perlu kita sombong nak mintak ampun? sebab bila dah taubat buat balik ? Bukankah ada Hadis Qudsi yang mengatakan Allah mengampunkan dosa orang yang yang bertaubat tapi tergelincir kembali kedalam dosa itu kerana tidak sengaja? Allah itu Maha Pengampun.

Pernah tak?

Kau jumpa seseorang yang kau sangka dia sahabat kau? karya Hilal Asyraf, "Sahabatku, aku bukan Sahabatmu" dalam bukunya Batu Bata Kehidupan banyak menyedarkan aku hakikat persahabatan. Tak semua orang faham hakikat persahabatan seperti mana yang kita faham. Selalu orang menbandingkan persahabatan zaman sekarang dengan persahabatan antara Abu Bakar As Siddiq dengan Nabi SAW. Dalam Hadis Muslim. Abu Bakar, ketika bapanya, Abu Quhafah nak masuk Islam beliau menangis kerana mengenangkan bahawa Nabi SAW tak gembira tidak masuk Islamnya Abu Talib (Bapa saudara Nabi). Ketika mana Nabi SAW naik membaca khutbah dengan menyatakan bahawa "Allah telah memberi pilihan kepada seorang Hamba antara Dunia dan antara apa yang ada disisi-Nya, Hamba ini memilih Allah". Abu Bakar menangis kerana beliau tahu Hamba yang dimaksud oleh Nabi adalah diri baginda sendiri. Ia adalah isyarat nak mengatakan Nabi akan pergi meninggalkan mereka. Nabi akan wafat. Abu Bakar faham, sedang sahabat lain ingat itu adalah satu khutbah yang umum. Itulah makna kepada cinta. Yang mungkin sebahagian daripada kita tidak ada. Yang tidak ada dalam persahabatan sekarang. kita sendiri mungkin boleh tengok ke kontangan dalam persahabatan sekarang. Cinta dan sayang kita pada orang yang kita anggap sahabat perlu berpada-pada. Tidak terlalu terlebih dan tidak terlalu kurang. Mudah-mudahan Allah ketemukan kita dengan sahabat yang mampu memimpin kita ke syurga Allah. Aamiin!

Aku rasa penulisan aku sedikit matang, macam gaya ceramah pun ada ni. Haha .Aku rasa setakat ni dulu dua persoalan yang aku tinggalkan. In shaa Allah akan ada sambungan. Jika ada sebarang ulasan dan komentar bolehlah tinggalkan dibawah. Assalamu'alaikum.