Monday 1 May 2017

Life in University

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama aku tak update blog, malam ni aku nak share sikit tentang life dekat universiti and mostly apa yang akan aku utarakan adalah pada pandangan aku sahaja. Tak salah untuk agree to disagree, sebab masing-masing ada cara pemikiran yang berbeza.

Life in uni, tak sama macam zaman sekolah atau zaman matrik. Walaupun bonding tu aku rasa paling kuat time matrikulasi. Aku percaya kalau tanya mana-mana bekas budak matrikulasi, mereka akan cakap life dekat matrik jauh lagi best dari hidup dekat uni. depends lah kan. Aku masih ingat time matrik dulu, setiap pagi aku akan jerit panggil farhan (dekat aras 2) daripada aras 1 sebab nak gi kelas sesama. Bila waktu gap tinggal lagi dalam 10 minit sebelum lecture start, aku dengan farhan and syafiq berlari pecut pergi kafe c semata-mata nak beli abc haha. Sebenarnya banyak sangat kenangan time matrik and yang paling aku suka time maghrib sebab mesti akan ada zul, zuhair dan lain-lain datang bilik ajak gi masjid sekali. Selalu sangat time isyak jadi masbuk sebab duk lepak kat kafe, orang dah rakaat pertama baru berlari dengan kain pelikat gi masjid. Lintang pukang bhai haha.

Imam-imam pulak si Aiman Azhary, Haziq furqan, Iman , yang power-power. Pernah satu malam bila Aiman baca surah Rahman memang mengalir air mata do (Ini bukan drama, hangpa kena dengar dia baca quran Hehe). Okay, habis bab matrik. Yang aku sakit hati sikit, abang pc world kat tampin ni dia tak backup semua gambar pastu terus format kat laptop. Padahal dah pesan suh backup dulu. Takpelah takde rezeki. Hidup dekat matrik ni setahun je, paling lama pun dua tahun. Bila time degree 4 tahun bhai (Course aku). Sekarang dah semester 4, apa yang boleh aku simpulkan adalah :

1) First, jangan expect kawan-kawan kau akan sama time matrik/asasi/stpm/stam dulu. Bila dah besar ni orang start buat hal masing-masing. Tak pelik kalau kau makan sorang-sorang, jalan sorang-sorang time dekat uni ni. Perkara biasa. Lagipun ni bukan sekolah kau nak berkepit ramai-ramai 24 jam. Masing-masing ada hal sendiri yang nak kena buat.

2) Second. Jangan lupa diri dan asal usul. Dekat uni ni kau akan nampak macam-macam yang orang lebih dari kau. Yang bawak kereta mewah, pakai phone mahal, barang-barang mahal. Stop to compete my friends if there are no race! Itu rezeki yang Allah bagi dekat dia. Kalau kita hidup yang tak berapa senang jangan nak bersaing dengan diaorang. Beli iphone sampai ikat perut. It is not a wise action. Berbelanja lah ikut tahap kemampuan diri. Aku ada kawan yang memang barang-barang dia semua mahal, tapi character dia aku suka, tak menonjolkan sangat. Cuma orang pulak yang sibuk amik tau Hahaha. yela manusia sekarang kan, suka ambil tahu. Bagi aku, nak ambil tahu hal member ni okay, cuma jangan busybody sangat. kena tahu limit. :)

3) 3rd, cari kawan yang boleh ingatkan kau tentang Allah. Dunia zaman sekarang, kadang susah nak cari kawan macam ni. Kalau ada tu memang anugerah dari Allah. Jaga dia baik-baik. Nak cari orang macam ni bak kata Imam Syafi'e memang susah tapi nak berpisah dengan dia sangat mudah. Aku bersyukur ramai kawan-kawan rapat aku time sekolah dulu sekarang dah berada dalam organisasi dakwah dekat universiti. Sedih bila kita berkawan sekadar untuk hiburan semata-mata dekat dunia ni. Arab sebut jaaf (Kontang) didalam persahabatan, tidak ada makna. Selain tu, kesihatan kawan, perut kawan kena fikir. Sebenarnya takda istilah nafsi nafsi ni bila berkawan. what you do akan ditanya oleh Allah nanti. Jadi, bila berkawan ni, tunai hak kawan kita elok-elok.

4) Dan yang terahir ( Aku dah penat nak type, duk sibuk transfer gambar tadi dekat 3 ribu daripada phone sekali ngan video semua haha), hidup kita kena ada prinsip. kena ada pegangan. Dan pegangan tu kena utuh dan tak mampu digoncangkan oleh mana-mana anasir luar (hamek kau ayat bm A++ haha). Cuba kita perhati manusia dekat luar sana,

Mereka tahu solat itu wajib, tapi mereka tak buat. Sebab apa? Sebab Iman kawan-kawan.

Mereka tahu kewajiban menutup aurat itu satu keperluan, tapi mereka tak buat.
Sebab apa ? Sebab Iman.

Mereka tahu berdosa menzalimi dan menganiaya sesama manusia, tapi mereka buat jugak.
Sebab apa ? Sebab Iman.

Iman kita kena pelihara elok-elok. Matlamat perciptaan manusia bukanlah untuk kita bersuka ria, tapi untuk mentauhidkan Allah. Jahat mana pun kita solat jangan lupa. Dekat uni dah takde orang nak marah kita kalau tak solat. Semua bergantung atas diri kita sendiri.

Setakat tu dulu, moga-moga ada faedah yang boleh diambil. Aku bukan manusia maksum, ada silap dan salah yang aku buat, tapi seperti kata Imam Hassan Al Basri kalau nak tunggu manusia ni jadi sempurna dulu baru nak bagi nasihat ,maka tidak akan ada pendakwah yang menyampaikan pesanan agama. Happy Mid Sem break buat rakan-rakan uni sekalian haha. Assalamualaikum wbt. :)