Wednesday, 11 December 2013

KEM PENGAWAS 2013

Asssalamu'alaikum ... Malam nie aku nak story sikit pasal Kem pengawas bagi tahun 2013 ,Sebelum segala kenangan menjadi sebuah memori , In shaa Allah akan ku tulis apa yang aku ingat pasal kem pengawas 2013.. =D



Kem pengawas bagi tahun 2013 ni diadakan pada 15-17 jun 2013 bertempat di Pulapol, Rantau Abang ..Dengar tempat pun dah seram ..Hahaha ,bagi ahli dorm aku ,dieorang tahulah sebab apa kem pada tahun nie agak seram ;)

Pagi yang indah itu, 15 Jun 2013 merupakan hari yang di nantikan oleh semua pengawas .Kami berkumpul di dewan terbuka untuk sedikit taklimat daripada Cikgu Nik Nazila dan sekitar jam 10 pagi kami bertolak ke pulapol dengan menaiki dua buah bas ..Hmmm ,macam Skema jer ayat untuk entry kali nie . Hahaha .Aku masih ingat lagi ,bas berhenti banyak kali untuk ambil pengawas yang datang lewat ,Hohoho .Pada pukul 11 lebih mungkin , dengan selamatnya aku dan para pengawas yang lain tiba di Pulapol..


Wajah riang ria sorang2..Hahaha ,selepas tu ,kami berkumpul dalam surau untuuk taklimat daripada pengawai Pulapol sekali gus para pengawas di tentukan ahli dorm masing2 .Maka selepas itu , bermula lah slot ais breaking..Slot ais breaking main duit2 ke ape ntah aku pun tak berapa ingat ,nyanyi macam2 lagu ,buat macam2 style ,Masa nie lah jugak setiap pengawas di berikan telur untuk di jaga ,telur ni ibarat amanah untuk pengawas jaga baik2 dan di serahkan pada akhir kem .Namun, masa bagi telur ,masa tu lah jugak pecah , busuk wei , busukk .Hahaha.


Petang hari pertama tu ,seperti biasa ,aktiviti sukaneka ,namun sebelum aktiviti tu bermula ,semua pengawas kena berkumpul di tingkat 3 ,hmm ,tingkat berapa pun aku tak berapa ingat .Tempat kem kali nie canggih sikit ada lif ,tapi masa petang tu ,aku tengah angkut satu kotak air mineral ngan kak khadijah semua2 ,tekan lif ,lif tak turun2 ..last2 naik ke tingkat 3 guna TANGGA ! .Penat weii , Semputtt >.<
Last2 pengawas semua kena marah kes main lif ,tu salah satu kenangan terindah ,MAIN LIF untuk kem 2013 .Hahaha ,aku pun main gak untuk hari2 berikutnya .No worries ;) Main sukaneka ,ramai orang kenakan aku babe ...Orang baling belon air kat aku, ramai yang aim kat aku ,basah satu seluar . --' .Malam tu pulak slot bersama En Musa .Kelakar gak penceramah ni ,dan berbakat dalam bermain rekoder ,seruling ke rekoder ? rekoder kan ? Mana2 jerlaa . lagu titanic paling best dia main ..



Keesokkan pagi tu ,kem tahun nie special sikit ,Alhamdulillah sekitar jam 4.30 pagi semua pengawas ke surau untuk Qiamullail yang dipimpin oleh Ustaz Alias .Pengawas masa tu aku tengok sorang,solat macam nak rebah anytime .Hahaha ,penat kut .Yelah hari pertama nak tidur kan susah sikit plus kena bangun qiamullail.Selepas solat subuh berjemaah ,semua ke tapak kawad ke apa ntah,nak kata padang bukan padang ,untuk senamrobik .best gila siottt !! .Senamrobik paling best sepanjang kem . :D lepas tu macam biasa sarapan pagi dan bersiap2 untuk slot seterusnya iaitu slot pengucapan awam. Selepas slot tu, kitaorg minum pagi dalam pukul 10 dan sambung pulak dengan slot cabaran pelajar ..By the way ,aku pun sebenarnya dah samar2 dengan apa aktiviti yang di buat masa dua slot pagi tuh ,yerlah entry nie aku tulis bulan 12 ,kem bulan 6 .Wakaka ..

Kk. Sambung balik ,tengahari tu kami makan tengahari dan solat zohor .Untuk aktiviti hari kedua adalah "kembara pemimpin muda" .. Sebelum bermula kembara, aku masih ingat ,setiap group mesti ada wakil yang kena azan dan yang kena baca doa . Dan sepanjang kembara , lidah perlu dibasahi dengan zikir . Sampai kat satu2 checkpoint zikir berubah , aku jugak masih ingat ,group aku kena penalti --'' kes skipped satu checkpoint . Setiap checkpoint kena jawab soalan berkaitan dengan agama islam .Mujur soalan agama islam ,kalau soalan addmath ,fizik,biology ,aku rasa group aku memang tidur dalam hutan malam tu .. ^_^ .Part yang paling best jugak , ada satu group tu yang bergayut2 semua tu ,berenang dalam air ,tu perkara yang aku paling ingat untuk kem kali nie , berkubang ,basah kuyup .Hahaha .Part yang panjat tembok tu best gak ,aku bersyukur sebab group aku ahlinya kurus2 belaka ,Alhamdulillah ,smooth jer panjat tu ,aku tolong yang perempuan2 panjat ,then baru aku panjat ,group2 lain ada yang melekat macam cicakman kat tembok tu .Macam2 style ada . =D kembara nie selesai dalam pukul 5.30 tak silap aku, dan semua pengawas pergi bersihkan diri ,solat asar  dan makan malam .


Seperti kebiasaannya, lepas solat maghrib dan tazkirah daripada cikgu Azmi ,semua pengawas bergerak untuk slot yang seterusnya iaitu slot "Tanggungjawab sebagai pemimpin" dan lepas selesai slot ,maka berakhirlah aktiviti pada haritu .Hmmm. Sudah menjadi lumrah di mana2 kem pada malam terakhir ,akitiviti gila mula menjadi .Hahaha , main kejar weh ,naik lif turun lif . bising gila dalam dorm ,bila aku ketuk pintu ,tiba2 lampu terpadam dan bila aku masuk ,semua seperti sudah tidur dengan lama .Arghh .DRAMA BELAKA ! Haha .

Keesokkan hari ,Yupp , hari untuk pulang ke rumah ..Qiamullail pada haritu di batalkan ,sebab pengawas semua penat .Lepas solat subuh ,semua pergi senamrobik , dan lepastu pergi sarapan pagi . Lepas siap mandi ,kemas barang2 semua .,tiba slot terakhir iaitu slot refleski dan penilaian ..Macam pengawas tulis kat borang tu aku baca , "sila tambah bilangan hari","Makan wat banyok sket tahun depan" ,yang mengarut2 pun ada .--'' Dan lepas minum pagi ,semua bersiap2 dan pergi ke Perasmian penutup .


Emcee untuk haritu adalah Hafieza dan aku di kehendaki untuk memberi ucapan .Doa dibacakan oleh syamil .Sebak jugaklah time baca tu, hafieza tulis text  memang touching..Selepas selesai semua tuh, semua kembali ke dorm dan kemas2 barang untuk checkout dan bertolak pulang ..Setelah sekian lama tunggu bas ,akhirnya sampai jugak ,semua pengawas pun angkut barang2 dan masuk jerlah dalam bas .Aku dah booked tempat yang baik punyer , 2 seats just for me . Hahaha .Ingatkan dah selesai kem .Tiba2 ada orang panggil , dorm aku kunci belum dipulangkan .Betapa tebalnya muka ,polis tu suruh angkut bag2 buat turun semua dan cari kunci sampai dapat . Dalam hati nie , membara yang teramat ,darah2 mengelegak rasanya .Bas pun bertolak dan tinggal jerlah ahli dorm aku , cari punya cari last2 jumpa dalam tandas ,tapi frankly ,aku tak salahkan sesiapa pun dalam soal kunci nie, mungkin kecuaian diri sendiri ,mungkin jugak silap aku ,mungkin jugak silap orang lain , no one knows kan ?..Last2 balik laa ngan cikgu ,aku ngan shafiq naik kereta cikgu Nik Nazila ,Yang lain naik kereta Cikgu Faziyana .Then ,goodbye Pulapol ! Hahaha. Balik dalam keadaan hati panaassssss !

Kepada semua pengawas,i just wish u luck for the next year ,lakukan tugasan dengan ikhlas and Goodluck juga for the new "KP" . Haha ,kepada pengawas baru selamat datang dan selamat mengukir kenangan .Aku mintak maaf kalau pimpinan aku dan hafieza ada yang kurang ,maaf2 belaka deh ,btw ,pengawas2 memang sempoiiii !! =D .Kepada cikgu2 pengawas ,kem tahun depan tu buat laa dalam bulan 2 ke bulan 3 ke ,boleh saya join jadi fasilitator :P Hahaha . Klah sekian dahulu .Assalamu'alaikum .

7 comments:

  1. waah x tau lak kp ade blog sendiri, time kasih bagi link. Hontou ni Daebaak ! (Awesome entry)

    ReplyDelete
  2. Noor Najwa: Kelakar ke ? Haha , previous entry dah sedih ,so kali nie happy2 laa sikit :D
    yoru eonni: okay ,most welcome ..

    ReplyDelete
  3. Part kumpulan yang gayut tu marah

    ReplyDelete
  4. Kenangan hamzi .Haha , Khulafa arrasyidin :Thanks :)

    ReplyDelete
  5. gambar saya xde pun

    ReplyDelete