Sunday, 20 April 2014

KISAH HIDUP DI ZAMAN PERSEKOLAHAN

Assalamu'alaikum.


Harini aku nak berkongsi cerita serba sedikit tentang pengalaman aku masa nak amik SPM dulu *acewaahh skema semacam ayat* ,Macam biasa lepas habis PMR ,rasa macam dah merdeka seesangat dah. Masuk form 4 ,macam yang semua orang selalu cakap "Honeymoon Year", dan aku pun tak nafikan sebab aku pun memang ber honey moon satu tahun tingkatan empat. Masa exam awal tahun form 4 ,aku lulus BM,BI dan PAI jer masa tu ,yang lain tu kau fikir lah sendiri. Walaupun Lulus ,tapi aku dapat "D" BM time tu ,kes salah lari tajuk ,soalannya "kesan" tapi aku buat "punca" ,BM nampak macam senang ,tapi kalau dah lari tajuk ,kau fikirlah sendiri .Hahaha .Time tu aku rasa macam nak tukar warganegara jer ,rasa macam tak layak jadi orang melayu ,even Chinese pun dapat A .Time perjumpaan ibu bapa ,memang serious aku nervous ,cikgu complain kat mak aku yang aku jarang masuk kelas ,*memang tak dinafikan* ,dalam seminggu form 4 ,kadang- kadang ada dua hari jer aku masuk kelas ,selebihnya cari kerja ,buat busy .Rasa macam tak guna jugak time tu ,Penolong Ketua Pengawas tapi ponteng kelas ,tapi lepas perjumpaan tu memang serious aku insaf .*Acewahh*

Lepas berazam tak nak ponteng kelas ,duduk jerlah dalam kelas ,ingatkan boleh jer study macam biasa ,kelas pulak macam Zoo time tu ,Hahaha ,macam2 bunyi boleh dengar ,sampai ramai cikgu cakap kelas 4 Amanah time tu bising gila ,40 sekelas mana tak pecah kelas .Aku rasa macam duduk kat Juvana pun ada time tu ,macam-macam perangai sorang2 ,tapi yang best nya majoriti time tu semua spotting. Nak dipendekkan cerita sampai lah akhir tahun Form 4 ,semua memang struggle gila-gila time tu ,yelah sebab tak nak turun kelas ,cikgu cakap kelas 4 Amanah dan 4 Bestari akan berpecah kepada 3 kelas naik form 5 nanti. Time tu ada perempuan yang menangis ,lelaki kekal steady.

Naik jer form 5 ,semua start menggelabah nak cover subject form 4 ,Tapi semua memang study hard dan aku time tu rasa macam down lah sikit even duk kat kelas 5 Amanah ,rasa macam takleh nak compete ngan geng-geng ni semua. Sampai ke tahap time tu rasa nak jumpa cikgu and cakap nak turun kelas 5 Arif. *Acewahh banyak drama aku time sekolah* ,takdelah drama sangat ,sebab rasa macam tak layak time tu nak duk kelas 5 Amanah. Sampai lah akhir tahun form 5 *Malas dah nak cerita* Semua busy time tu nak exam ,study "pagi petang siang malam" ,sampai ke tahap tidur and makan pun dengan buku. Lepas habis exam, tamatlah perjalanan hidupku di alam sekolah menengah .


Pagi sebelum ke sekolah nak ambik result ,Ummi aku bawak tisu banyak semacam jer ,aku pelik jugak time tu ,aku pun tanya :

"Ummi buat ape bawak tisu banyak semacam nih ?"

Ummi aku jawab:

"Buat standby nak nangis"

Guwa masa tu dah sentap ,memang diam ,dan tertanya pada diri sendiri ,air mata apa yang akan ummi ku alirkan ni ,kegembiraan atau kekecewaan. Lepas dapat result ,Alhamdulillah dapat 5A ,1B, 3C ,berapa plus ,solid ,minus aku malas nak tulis ,tisu tadi tu ummi aku simpan jer ,tak jadi nak menangis katanya ,Hahaha .Setakat ni dulu coretan buat kali ni ,aku dah penat nak taip panjang2 ,maklumlah dah tak jadi budak sekolah ,makin jadi pemalas sekarang =3 Assalamua'alaikum .