Wednesday, 13 February 2013

TANGGAL 24 0KTOBER 2012

Tanggal 24 oktober 2012,Itulah tarikh yang bakal terkubur dalam ingatan ini.Ia merupakan tarikh dimana, berlangsungnya Majlis Akhir Tahun dan Sambutan Hari Lahir Pengawas Bagi Sesi 2012.Baiklah mari kita mulakan cerita yang indah ini dari awal pagi itu.. J
        Pagi itu,macam biasalah,minggu tak examkan,jadi macam-macam ragamlah pelajar SMKP.Undang-Undang sekolahpun dah tak peduli.Pengawaspun satu kepala ..Hahaha..Pagi tu,lepas saja perhimpunan pagi selesai,macam biasalah mula-mula tunjuk muka dalam kelas dulu,lepas kehadiran di ambil,mulalah Kerjaku ;) ..Hahaha..Satu sekolah aku pusing..Lepas letih pusing,akhirnya berjumpalah dengan sahabat yang rajin berjalan di SMKP,sape lagi kalu bukan,Hamidi Fitri,KP kite !!..Lepas letih pusing sekolah ngan Midi,berhentilah kami di tempat perhentian kami,di mana lagi.. Bilik Pengawaslah..Of Course =D ..
       Dalam bilik tu kiteorang mulalah mengemaskini dan memantapkan lagi program/sambutan yang akan berlangsung pada petang nanti.Syazwan Haris sibuk dengan Kameranya,Hamidi pulak sibuk dengan text ucapannya,berlatih setiap detik dan saat,Hafieza Pulak sibuk dengan mengubah text Emceenya..Aku ? ..Aku dan beberapa orang pengawas yang lain hanya menjadi PENYIBUK..hahaha..Duduk dalam bilik tu dari pukul 9.00 pagi sampai dekat pukul 11.00,tak berhenti bersembang..Macam-macam cerita,Gosip yang Hot-hot yang di buka,Hahaha..sampai lenguh jugak mulut nie .. J
      Dipendekkan cerita,sampai pukul 12.40..Tibalah saat untuk menyiapkan hidangan jamuan..Aku dan Hamidi,Dua orang jejaka yang terawal datang menyiapkan hidangan..Hahaha..Yelah kami berdua nie,bab-bab mende nie,,memang no.1,kalu tak dijemputpun memang kami akan datang sendiri J…Tapi perkara yang paling best sekali,kami berdua dicabar untuk membuat koktel,fight dengan orang perempuan,Apa lagi,kami menerima cabaran itu dengan penuh bersemangat..Kalau nak di ceritakan bagaimana rasa gembiranya perasaan aku pada masa tu,memang tak boleh digambarkan.Sebab itulah setiap gambar yang diambil oleh “Cameraman” dan “Camerawoman”..Memang senyuman sentiasa terukir dibibir ini..
Majlis pada petang itu dimulai dengan pantun yang di sampaikan oleh Hafieza,,Mmmm,,bersembur-sembur pantun disampaikan oleh Hafieza..Hahaha..Seterusnya tidak lengkap majlis tanpa Bacaan Doa,Aku sendiri memimpin Bacaan Doa tersebut..Hmmm,,memang gugup and ketar gak sebab lama dah tak baca tapi cover-cover gtu jerlah..Selepas itu,Ucapan dari KP kite,,hmmm,,Ucapan terakhir beliau untuk tahun 2012 L..Lepas tu,Ucapan dari Puan pengetua,Dan di susuli dengan penyampaian hadiah kepada Pengawas tingkatan 5 dan 6..Dan,,lepas tu,,Bacaan doa makan  dipimpin oleh Danish,DJ..Seorang pengawas baru yang berbakat serta menonjol J..Huh,lepas habis jer doa,mulalah menyerbu makanan dan makanan utama yang diserbu ialah x lain,x bukan “Pizza”lah.. ^_^
      Huh,,kali nie memang aku paling semangat,sebab selama nie x pernah sempat nak ambik Pizza,tapi kali nie terlebih sempat..Hahahaha..Makan punya makan punya Makan..memang kenyang,makan semua sedap-sedap,Masakan POK MAT KT..memang menjilat hingga hujung jari..Lepas habis makan,bermulalah agenda seterusnya iaitu “AKTIVITI MENGEMAS”.Dengarpun dah tak bermaya..Hahaha,,tapi nak buat macam mana,tanggungjawab harus diselesaikan..Pengawas-pengawas yang lain,tibalah saat ini untuk mereka meloloskan diri  -_-
        Sampai akhir majlis tinggallah hanya tiga orang sahaja jejaka..Aku,Hamidi,Syazwan..Hok lain tu,x tahu lah sesat sampai ke alam mana..Huh memang penat gilerr,Pikul meja,naik tangga,turun tangga..Selepas selesai semuanya..Hahaha,,Muka sorang-sorang macam mayat hidup,yelah muka penat..Orang laki penat angkat barang,orang puan penat membungkus makanan -_- ..Lepas selesai semuanya,Tibalah untuk ambil gambar,Last Picture..Hmmm,,Inilah saat dimana kalu boleh,nak jer aku tahan saat ini dari berlalu pergi..Mmmm,,Kesedihan mula melanda diri ini..Aku rasakan saat perpisahan dengan tiga orang insan yang paling aku rapat hampir sampai ke penghujung,Iaitu kak dijah,Hamidi Fitri,Shafiq Harun..Bahagian demi bahagian cuba ku tatap wajah mereka dan cuba ku kenang.Tahun 2012 ini juga merupakan tahun terakhir Guru-guru pengawas iaitu Ustazah Norlaila,Teacher Mas Ayu,Teacher Rosnah..Mereka ini sudah ku iBaratkan seperti ibu,bakal meninggalkan badan pengawas. L
       Kesedihan ini pada mulanya dirasai oleh teacher Mas Ayu dan Ustazah Norlaila.Aku hanya memandang mata mereka berkaca-kaca.Air mata mula berlinangan di kelopak mata mereka dan akhirnya jatuh jua membasahi pipi mereka..Tidak lama kemudian,tangisan ini disusuli dengan Hamidi,Kak Dijah,hafieza dan beberapa orang pengawas lain..Termasuk diri aku sendiri..Aku hanya cuba menahan air mata ini dari mengalir dan cuba aku tenangkan yang lain.Kami sudah ibarat satu keluarga,suka duka sepanjang menjalankan tugas telah kami lalui bersama..Hmmm,,tahun 2011 pun ada majlis perpisahan ,tetapi mungkin hubungan kami yang terlalu akrab pada tahun 2012 nie,membuatkan kami rasa tersangatlah sedih..Selepas selesai solat zohor pukul 4.00 petang..Hahaha.. dan solat Asar,masing-masing pulang mengikut arah haluan masing-masing..Inilah kenangan yang aku simpan,Dan insya-Allah ia merupakan salah satu kenangan yang paling berharga yang pernah aku dapat..Love u all my friends and teachers.. J

Tuesday, 12 February 2013

PERPISAHAN DALAM PERSAHABATAN

“Tiada Kegembiraan Setanding Nikmat Sahabat.Dan Tidak Ada Rasa Sedih Setanding Perpisahan Dengan Sahabat” (Imam Asy-Syafi’e)

Sahabatku,
Semalam engkau hadir, 

Menghiasi keindahan hari-hariku,
Memberi kepadaku,kebahagiaan jiwa,
Bergurau senda,menghibur lara,
Tiada kata,mampu ku ungkapkan,
Hanya senyuman,mampu ku ukirkan..


Namun kini,
Perpisahan mula menghampiri,
Kesedihan dihati,mula dirasai,
Tiada kata mampu ku ungkapkan,
Hanya air mata,tanda kesedihan..


Sahabatku, 

Tahukah kau didalam hatiku ini,
Terhimpunnya seribu Doa Nan Suci,
Sesungguhnya,
Walau hilangmu jauh Dari mataku,
Tetap ku abadikan dalam jiwaku..


Sahabatku,
Amat sukar dipercayai ia,
Bagai berilusi mimpi,
Namun bukan mainan dusta,
Benarlah ia, bakal menjadi nyata..

Monday, 11 February 2013

PERGINYA SEORANG INSAN

Ku ukir Sebuah Cerita,
Cerita tentang seorang Insan,
Amat berat untukku Lafazkan,
Amat sukar untukku Luahkan,
Terasa Bagai duri,
Yang tumbuh Subur didalam Hati..

Dia Seorang Pengejar Syurga Ukhrawi,
Baginya hidup ini hanya Sementara,
Namun dia sudah lenyap dimata dunia,
Matinya dia,meninggalkan nama..

Wajahnya suci Ibarat Bulan Purnama,
Suaranya merdu Ibarat seruling Syurga,
Kasihnya mekar dihatiku,Buat selama-lamanya,
Penghibur daku, tatkala duka..

Saat Tuhan memanggil Dirinya,
Hatiku hancur,Tiada terdaya,
Menahan sebak,merindui Wajahnya,
Hilangnya insan permata Dunia..

Perginya Dia bagaikan Mimpi,
Nafasku bagai, hendak terhenti,
Namun itu,suatu realiti,
Perginya dia,tiada pengganti..

Ku Sangka ia dusta,
Namun benarlah,bagai dikata,
Dia pergi untuk Selama-lamanya,
Rinduku Padanya,tiada penghujungnya..