Ku ukir Sebuah Cerita,
Cerita tentang seorang Insan,
Amat berat untukku Lafazkan,
Amat sukar untukku Luahkan,
Terasa Bagai duri,
Yang tumbuh Subur didalam Hati..
Dia Seorang Pengejar Syurga Ukhrawi,
Baginya hidup ini hanya Sementara,
Namun dia sudah lenyap dimata dunia,
Matinya dia,meninggalkan nama..
Wajahnya suci Ibarat Bulan Purnama,
Suaranya merdu Ibarat seruling Syurga,
Kasihnya mekar dihatiku,Buat selama-lamanya,
Penghibur daku, tatkala duka..
Saat Tuhan memanggil Dirinya,
Hatiku hancur,Tiada terdaya,
Menahan sebak,merindui Wajahnya,
Hilangnya insan permata Dunia..
Perginya Dia bagaikan Mimpi,
Nafasku bagai, hendak terhenti,
Namun itu,suatu realiti,
Perginya dia,tiada pengganti..
Ku Sangka ia dusta,
Namun benarlah,bagai dikata,
Dia pergi untuk Selama-lamanya,
Rinduku Padanya,tiada penghujungnya..
great !
ReplyDeletePandai guna ayat :)
ReplyDeleteberjinak-jinak dalam dunia penulisan maybe? =)
ReplyDeletekalau kita menulis,penulisan kita mungkin dibaca 10 orang,100 orang,1000 orang atau mungkin berjuta2 orang tanpa kita sedar,berbeza dengan kita menyampaikan dakwah hanya melalui mulut,sebab orang yg hanya ada ketika itu sahaja boleh dengar apa yg kita sampaikan :)
permulaan yg baik,moga terus maju!
Originally yours? Wow, I'd give it an A-! Keep writing!
ReplyDelete-Sir-
Ustaz Asri :)
ReplyDelete"Allahyarham" ustaz Asri Ibrahim :)
ReplyDelete