Assalamualaikum..
Dah lama tak update blog ni, aku sense semenjak aku dalam
engineering field ni bakat menulis, dah tak berapa nak ada. Tak berapa nak ada
idea. Adakah chemical di micet ni dah mematikan sel otak aku? Hahaha. Takda apa
sangat sebenarnya, sebab life nowadays
aku rasa macam makin bosan plus dengan fyp ni lagi la kadang buat aku moody.
Work in team ni kadang stress jugak sebab macam ada saingan kat situ. Takkan
member lain semua perform tinggal kau je yang terkapai-kapai tak tahu apa.
Malam ni since aku takda kerja sangat, aku nak share just a piece of thought
pasal what’s going on in life, apa yang berlaku dengan ragam manusia yang macam²
jenis and how to play on a safe side In shaa Allah dekat dunia and akhirat.
In life, kita deal dengan manusia ni daily. Lain la kau
jenis tak bercampur dengan orang, buat hal kau je. Ada setengah orang jenis
suka buat hal sendiri sebab katanya tak nak terlibat dengan ragam dan telatah
manusia, bagi aku lagi setuju dengan hadith nabi yang mengatakan orang yang
bercampur dengan orang dan sabar dengan kerenah orang ni lagi baik dari orang
yang tak bercampur. Tapi depends la kan, kalau taknak bercampur sebab takut
kita rosak, atau orang rosak sebab kita pun takpe, janji apa yang kau buat ada
hujjah dalam agama. Macam ceramah pulak kan? Hahaha.
As you grow older memang betul, circle kau makin lama makin
kecik. Orang kau percaya pun dah tak ramai. Manusia ni kadang depan kita lain,
belakang kita lain. Macam periuk, elok ketuk je ngan periuk tu. Dah besar ni
bagi aku be matured la dengan benda² macam ni. Kalau kau tak suka orang
tak payah nak fake², blah je. Daripada kau duk buat dosa kering hari². Its
okay kalau kau tak suka orang, tapi biarlah ada valid reasons. Dan kau kena
ingat jugak, tak semua orang jugak suka kau. hahaha.
Berkawan ni bagi aku, kena belajar terima baik buruk. Sebab
kau bukan berkawan dengan nabi. Diaorang manusia, ada perangai dan ragam masing². Start
kau jejak ke alam uni ni pintu friendship kau bukak jela luas², sapa nak kawan, kawan. Sebab in the end kau
tahu siapa yang ada dengan kau. Yang nama kawan tu ramai, tapi yang ada time
susah tu tak semua. Don’t get too attached, people change, Jangan percaya orang
sangat, trust were made to be broken dan jangan bergantung dekat orang. Selagi
boleh buat sendiri, buat. Don’t put your happiness into someone’s hand, sebab
bila orang tu pergi dia akan bawak sekali. Haaa tu nasihat ringkas sebab aku
malas dah nak tulis panjang². Hahaha
And aku tak berapa suka sebenarnya bila orang nak compare friendship antara Abu Bakar Siddiq dengan
Nabi SAW, Abu Bakar sayang nabi macam mana? sanggup biar diri dia dipatuk ular,
korban harta nyawa. kita member sakit pun buat bodoh je. Rasulullah memang
disayangi. Kita yang tak berapa nak baik ni jangan expect lebih²
and better try to be a good person. Cuba untuk menjadi daripada mencari seorang
kawan yang baik.
Dah besar ni, bila kau stress,murung ke apa tak perlu
bagitahu satu dunia. Most of the people tak peduli trust me. Diaorang fikir
masalah diaorang pun tak habis takkan nak ambik port dengan masalah kau pulak.
Aku suka mintak nasihat dari orang, aku selalu ingat akak aku selalu cakap, “Kalau
kau ada masalah, benda yang deal dengan perasaan, takyah la nak sibuk bagitahu
orang, beli buku motivasi, baca! youtube ada”.Tapi kalau kau ada member yang
memahami, tu satu bonus untuk kau la dekat dunia ni. Tapi nanti dia pun pergi
cerita dekat orang lain, padan muka kau hahaha. Pandai² la manage benda macam ni, dah
besar ada benda boleh cerita dekat orang, ada benda better stay antara kau
dengan Allah.
Last, nothing more or less jangan lupa tuhan, kau ada
masalah apa²
cuba mengadu dekat Dia dulu. Quran tu bukak, baca! . Macam mana hidup nak
tenang kalau quran tak baca, solat tah pape. Hidup tak tenang kalau kau lupa
tuhan. Sebab sumber ketenangan tu mostly dapat bila kau spend time dengan Dia. Kau
boleh spend masa dengan macam² aktiviti, takkan nak sehelai quran
sehari pun tak boleh? Hehe. Sama² kita perbaiki. Aku teringat kata Dr
Maza, hidup ini bila jiwa kita dengan Allah, dunia ni sebenarnya takde apa²
pun. Ada orang Nampak masalah besar macam gunung, kita Nampak kecik je. Sebab apa?
Ada Allah dalam jiwa. J
Aku terdetik nak update malam ni bukan apa sebab lately banyak
dengar pasal benda² ni, plus najwa Tanya mana aku menghilang haha. Life is
too short untuk kau libatkan diri kau dengan benda yang buang masa. I would
like to thank dekat semua member dekat sini, yang banyak tolong aku macam². Aku
rasa ni last aku update blog for this year, dah nak bersara, maybe theres gonna
be a last entry after habis degree nanti. Yang tu aku akan pastikan a very emotional
entry hahaha.
Adios. Dota luh, Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment