Wednesday 1 January 2014

KENANGAN PENGAWAS

Assalamu'alaikum .. Selamat Datang ke tahun 2014 .. :) Amacam skolah hari ni ? Aku baca post ramai yang cakap bosan ..  Hahaha .. Biasa lah tu ,teringat pulak sepanjang 4 Tahun aku pegang jawatan sebagai pengawas . 3 Tahun ,First day sekolah mesti aku yang akan baca doa ,suka duka dalam badan pengawas terlalu banyak sebenarnya ..Petang ni ,aku nak bercerita serba sedikit tentang pengalaman aku dalam badan pengawas ..

Aku mula memegang jawatan pengawas ni ,ketika aku melangkah kaki ke tingkatan dua ..Antara peristiwa yang aku tak boleh nak lupa ,ketika awal tahun tu ,aku dah kena bertugas dengan senior pengawas . Mohd Basyir bin Jazalan selaku Penolong Ketua Pengawas pada tahun 2010 ,kau ingat tak nervous ke ? Hahaha .Menggeletar satu tubuh badan .Tapi Teacher Mas Ayu ,Ustazah Norlaila ,Teacher Rosnah ,banyak train aku dan pengawas2 lain..Naik form 3 ,aku dah mula meng "active"kan diri sedikit dalam badan pengawas ,hasil daripada keaktifaan itu ,haha ,aku dilantik sebagai Ketua Biro Agama Dan Kerohanian ..Dah naik satu tingkatan jawatan ,masa form 3 ,seperti kebiasaannya,pengawas2 form 3 ,bertugas awal2 tahun jer ,masuk dalam bulan 6 macamtu ,dah mula slow2 sebab nak exam PMR ..

Naik Form 4 ,Yess ,Honeymoon year . Hahaha ! ,Aku diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Penolong ketua pengawas ,Terkejut jugak masa tu ,sebab aku tak sangka pun dapat pegang jawatan tu ,masa aku form 4 ,KP lelaki ,Ahmad Hamidi Fitri ,memang senang bekerja ngan dia ,banyak jugaklah yang dibuat ,tikar getah tu ,kami yang pasang dalam bilik pengawas ,ada jer kerja yang aku cari ngan midi ,bilik pengawas tu jugak jadi tempat lepak kiteorang . Hahaha ,kadang2 satu hari tu ,langsung tak masuk kelas ..Kenangan Kem pengawas 2012 jugak merupakan kem yang paling bermakna ,dan tahun 2012 jugak tahun last Ustazah Norlaila ,Teacher Mas ,Teacher Rosnah ,Cikgu Hayati Abd Manaf dan Cikgu Hayati Abd Halim berkhidmat sebagai guru pengawas ..Aku still ingat jugak ,jamuan akhir tahun pada tahun tu dibanjiri dengan air mata . Huhu . Memang sedih ,sedih yang tak dapat nak diungkapkan dengan kata2 .

Masuk jer 2013 ,Jeng jeng ..1 hari sebelum sekolah buka ,teacher Nik call aku dan Hafieza suruh datang sekolah ,rupa-rupanya nak bincang tentang persiapan dewan semua2 untuk 1st day nanti ..Tahun 2013 lah ,tahun yang paling banyak  dugaan dan Cabaran ,Jawatan yang paling tinggi aku pegang ,Ketua Pengawas ..Tapi tahun 2013 ,best ! ,sebab pagi2 buta tu ,aku memang duk membebel kat pagar . Hahaha , pengawas2 lelaki memang best .. sempoi ,spotting jer semua ,duk bergelak pagi2 time bertugas .. Hahaha ,tu lah yang paling aku rindu ,Tapi itu lah kenangan yang aku simpan ,yang boleh aku kata akan menjadi sebuah 'memori' yang mustahil untuk di 'delete' dalam ingatan aku ni ..i just wanna wish goodluck kepada pengawas tahun ni ,mainkan peranan masing ,jangan buat hal ! ,huhu . Assalamu'alaikum :)

5 comments:

  1. waalaikumussalam.. terbaik :)

    ReplyDelete
  2. dalam pengawas kita naik turun, bila aku sangka aku tiada siapa-siapa dalam badan ni, ternyata salah. jamuan tahun lepas semua orang-orang itu muncul. Even orang yang tak disangka.... kalau lah boleh sarung uniform ni sampai mati..

    ReplyDelete
  3. Hafieza : Thanks :) Danish : Yupp, All the best for you ..

    ReplyDelete
  4. Hafizan : my pleasure :) Danish: fahammm... ingat, hadirkan diri kita disetiap ketika.. tak usah ambil peduli orang yang cemburu atau nak jatuhkan kita.. itu hanya kerana hidup kita lebih baik dan bahagia daripada mereka :)

    ReplyDelete